Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Saturday, October 03, 2009

Baju =(

Salam,

Fini dah lama x aktif blogging, baik menulis atau membaca. Fini nak lupakan sesuatu. Dulu walaupun x aktif menulis, tp Fini selalu bc blog. Sekarang, Fini dah jarang baca blog.

Hari ni, Fini tak berapa lena lelapnya. Lebih kurang jam 4 pagi tadi, dah terjaga dan tak boleh nak lena lagi. Fini terfikirkan baju. Sedih rasanya, balik dari fitting semalam, dah bgtau Mak dan Ayah..pastu telefon Midah sbb dia faham apa yang Fini nak, Fini selalu kongsi berangan Fini terutamanya bab persediaan nak khawin ni ngan Midah. Dia pun InsyaAllah seminggu sebelum Fini. Jadi, biasalah org perempuan ni mesti ada kawan untuk dia ceritakan apa yang dia suka kan? Cerita kat Midah, rasa dah nak "hujan" tp bila Mak dan Ayah datang ke depan nak tgok tv selepas makan malam semalam, tahan sket. Agaknya sbb tak terluah lagi yg dalam diri ni, buatkan Fini terjaga dan terus teringat kat baju Fini tu. Sedih la, terus "hujan". Dahla selsema pun x abis baik betul lagi. Midah ckp, "jangan terlalu mengharap". Mcm sama je ayat ngan ada org selalu cakap kat Fini. Setiap orang mesti mengharapkan sesuatu yang dia nak. Bila ada org mcm faham dan beri harapan pd apa yang kita nak tu, lagi la kita mcm percaya dan mengharapkan ianya seperti yang kita harapkan, betul x? Fini ni, dari awal lagi dah potong2 gambar design baju yang Fini nak. Bila Fini cerita, dia pun mcm faham, tp rupanya tak. Rasa x sedap hati tu mmg ada dari mula htr kain. Fini ingat, Fini datang dalam bulan 5/6 sebelum Fini pi maktab utk sesi Mei/Jun. Fini datang dgn Midah, hujan lagi masa tu. Fini bawa kedua2 pasang kain. Bila Fini tunjuk gambar, bercerita mcm mana yang Fini nak, dia pun sedap bercakap, yang buatkan Fini yakin. Tapi, betul2 rasa ralat. Tatau nak cakap. Takkan Fini nak beli kain lain, jahit lagi. Adui, dah la beli kain tu, Mak x berapa bagi. Tapi Fini rasa sayang sgt kat kain especially yg putih tu sbb beli sehari sebelum birthday Fini yg ke25 ritu..ada kenangan yang Fini akan ingat ms beli. Tapi tak jadi baju yang elok. Mcm apa je masa pakai. Fini tak rasa seronok menyarung baju2 tu. Muka Azezull pun Fini tgok mcm sama ngan apa yg Fini rasa. Dari awal Fini htr kain, Fini taruh rs percaya. Tapi bila dia minta baju ukuran dan langsung tak ukur badan Fini, Fini rasa x sedap hati. Ke pass kat org lain? Huhu. Mak dh suruh htr kat Sau Kuan. Fini ckp baik bagi kat org Melayu, sbb Fini tgok baju2 dia yang sedia ada cantik. Cuma warna yang Fini nak tu takde, kalau tak...buat apa Fini bazir2 beli, baik sewa. Tapi utk baju nikah tu, bagi Fini memang meaningful. Fini ni pelik juga, semua kenangan yg Fini syg Fini simpan, kalau tak, masakan kad ke..kertas cebisan ke..Fini simpan? Tapi ada yg Fini dh buang, bila Fini x nak ingat.

Dah tak boleh tido, Fini bangun. Kalau baring2 lagi, mesti nangis smpi leh bengkak mata. Mata dah la hmpir sepet, tp tak sepet sgt, cuma bila nangis cepat sgt sembabnya. Bangun..mengadu. Fini buat2 la kemas2, lipat2 baju nak bagi tak fikir sgt. Pi dapur, masak air..mak dah terjaga..tanya kenapa bangun awal? Mak ingat Fini nak gerak awal ke Klang.

Jap g, nak pi siap2 nak ke Klang nti. Nak fitting utk sebelah lelaki. Agaknya Fini ni tak berapa pandai juga bab nak bergaya/berfesyen ni kot. Dah baju tu tak jadi mcm apa yg Fini nak. Frust la rasanya. Harap dia akan alter dgn baik. Betul2 gedoboh baju tu, bukan Fini nak fit, sbb Fini pun bukan jenis pakai sama rak je baju tu. Tapi biarla terletak di badan..dan mcm baju Fini..bukannya Fini pinjam baju orang. Ayah ckp tukang jahit sepatutnya ambil ukuran badan. Rasa bersalah sgt, sbb sendiri yang pi htr baju tu. Fini ni cerewet kot? Rasanya tak sangat, ada ketikanya kita ada benda yang kita nak jadi seperti apa yang kita nak. Ada ketikanya kita boleh tolerate. Erm, satu lagi, bg Fini at least la...kain getah tu, jahitannya tak senget benget. Ni mcm org tak pandai jahit je..senget2 jahitan pada getah kain tu. Adui, sakitnya. Zip pun satu...mcm mana leh terlekat? Fini rasa mcm dia sub kat org lain baju tu. Fini rs entahlah...

Rasa takut nak try selepas alter. Mak ckp punah kain kalau bukak..jahit..bukak..Kain tu jenis tak berapa lasak juga. Dah x larat dgn perasaan sendiri dan komen org lain. Fini harap semuanya akan ok. Tu belum lagi tgok solekan dan pelamin yang akan jadi nanti. Fini percaya pd org, dan harap kepercayaan Fini dibalas dengan baik.

2 comments:

MuNgeR said...

sabar yer...

Fauziah said...

salam
Fini...akak pun speechless la bila baca en3 ni. harap fini sabar ya. hmm bila la tarikh kawin tu? jgn lupa jemput akak. kalau ada rezeki nk ke sana gak